Followers

Thursday 24 December 2009

SekaDaR ReNuNgAn

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kali hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedlm air itu begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitu juga setelah kamu memberi byk pengharapan kpd seseorg. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jgn sesekali kamu terus meninggalkannya begitu saja kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya begitu selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jgn terlalu mengharap pada takungannya dan jgnlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memnuhi keperluanmu. Kerana apabila ia sekali retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunak lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Jnglah kamu terlalu mengaguminya dan jgnlah kamu menganggapnya begitu intimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meniggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu berterusan hingga ke akhirnya...

2 comments:

nadia saari said...

i like babe
:)

are_da said...

u like???
I like 2...
hak2,,