Followers

Tuesday 31 March 2009

TaHuN PeNtiNg Dr.

  • Tahun 1982 mengajar di Tanjung Lumpur sebagai guru Bahasa Melayu, matematik, dan sains tapi lebih tertumpu pada sukan.
  • Tahun 1983 bertukar ke Cameron Hinghland dan dalam masa yang sama ambil semula STPM secara persendirian.
  • Tahun 1987 dapat keputusan yang baik dalam STPM sambung belajar kat UPM dalam Bacelor PBMP.
  • Tahun 1988 berkahwin.
  • Tahun 1989 mengajar di Sekolah Menengah Teluk Datuk, Banting sebagai guru Bahasa Melayu tingkatan 6.
  • Tahun 1993 jadi pensyarah kat Institusi Bahasa yang menjurus kepada Drama dalam Pedidikan.
  • Tahun 1995 dapat biasiswa untuk kursus di Kanada dalam bidang Drama dalam Pendidikan dan tahun ni juga sambung master tapi secara separuh masa.
  • Tahun 2000 graduat master dalam projek Sosiolinguistik.
  • Tahun 2000 mula wat PHD juga separuh masa.
  • Tahun 2001 jadi pensyarah dalam subjek sosiolinguistik.
  • Tahun 2005 selesai buat PHD dalam projek Antropologi.

SeMiNaR

  1. Konvensyen Pendidikan IBMM, 1996
  2. Konvensyen Pendidikan IBMM, 2002
  3. Bengkel Akademi Budaya, Unit Kebudayaan dan Rakan Muda, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, UPM 2003
  4. Program Motivasi Seni Bersama Alam Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM 2003
  5. Seminar Warisan Melayu dan Peribumi : FBMK dan KeKKWA 2005
  6. Seminar Melayu Mahawangsa : FBMK dan Gapena 2006
  7. Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 : FBMK, KeKKWA, DBP 2006.

Monday 30 March 2009

SuBjEk YanNg DiaJaR

1. Sosiolinguistik Bahasa Melayu

2. Ketrampilan Berbahasa

3. Sejarah Kebudayaan Melayu

4. Analisis dan Penyuntingan Teks

PeNgHaSiLaN BuKu

Buku yang dihasilkan oleh Dr. Sharifudin hanya dua buah sahaja..

1. Kesusasteraan Sejarah dan Kritikan Sastera STPM, Tahun 2000.

2. Koleksi Jawapan Spesimen STPM, Kesusasteraan Melayu, Tahun 2002.

Sunday 29 March 2009

KeTiKa DaN KaLiMaT

Ini merupakan catatan pengalaman aku ketika belajar kursus BBM3410 atau lebih dikenali sebagai Bahasa dalam Multimedia. Daripada pembelajaran subjek ni, aku dah banyak belajar tentang pelbagai pengalaman tidak kira pahit atau manis. Pengalaman aku belajar subjek ni tak pernah aku alami dalam subjek-subjek lain yang pernah aku belajar. Semua pengalaman ni aku akan kongsi bersama kawan-kawan yang sama-sama ambil kursus ni mahupun yang tak penah ambik. Tapi bila dah baca ni janganlah la pulak tak nak ambik kursus BBM3410 sebab bila kita dah belajar, barulah kita akan rasa enjoy sangat-sangat.

First sekali masuk kelas, rase macam cuak sangat-sangat sebab dorang cakap yang Dr. Normaliza ni seorang yang sangat garang dan menakutkan. Bila Dr. masuk kelas, aku memang takut giler-giler sebab Dr. memang seorang lecturer yang menepati masa, serius dalam sebarang tugas atau kerja yang diberi dan seorang yang berdisiplin. Bila mula-mula aku belajar BBM3410 ni, rasa bosan dan tak suka sangat-sangat sebab Dr.Normaliza tegas orangnya dan rasa tertekan bila Dr. bagi tugasan sebab semua kerja atau tugasan yang Dr. bagi kena siapkan time tu jugak. Dalam hati aku ni mula la rase sakit hati dan menyampah (maaf sangat-sangat ye Dr.Normaliza, tu cume luahan masa mula-mula belajar kelas Dr. je..hehe). Bukan menyampah pe, kerja yang Dr. bagi mesti kena hantar tepat pada masanya dan kadang-kadang kerja tu aku rase macam tak leh siapkan dalam masa yang Dr. nak. Tapi nasib baiklah setiap tugasan yang Dr. bagi kena wat dalam kumpulan, kalu tak mati rasanye.

Tapi rasanye, wat kerja dalam kumpulan ni ada risiko yang amat tinggi kerana dalam kerja berkumpulan ni, kehadiran dan kerjasama antara kumpulan memainkan peranan yang sangat penting kepada pemarkahan. Tu la yang wat aku rasa tension sangat-sangat sebab ahli kumpulan aku jenis yang “bermasalah” sikit (tapi memang orang lain dah cop pun kumpulan aku bermasalah), ntahla, nak terangkan pun susah. Kumpulan aku tak macam kumpulan lain, aku tengok kumpulan dorang sumenye menjalankan tugas dengan baik. Aku tak la kata kumpulan aku malas, dorang wat keje yang diberikan, tapi masalahnya kalu tiap-tiap kali de kelas ni, mesti de je budak dalam kumpulan aku datang lambat. Bukan aku nak marah kalu dorang datang lambat, tapi masalahnya Dr. Normaliza dah bagi amaran supaya jangan datang lambat bile time kelas Dr. Kalu kitorang datang lambat daripada Dr., kumpulan yang ahlinya datang lambat mesti akan ditolak markah atau tak pun tak de markah langsung tuk kumpulan tu. Tu yang wat aku risau sangat-sangat sebab markah sangat penting tuk dapat CGPA yang tinggi. Tapi tak pe la, yang penting kumpulan aku sumenye jenis yang gila-gila dan tetap wat tugasan dengan sebaik mungkin dan tak pernah la kena tolak markah (tapi tak tahu la plak kalau markah kumpulan aku de yang kena tolak sebab tak wat keje.haha...). Apa yang penting, aku dan kumpulan aku dah wat yang terbaik dan lakukan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Tapi dari first kelas Dr., sampailah tuk kelas yang terakhir sebelum final exam, aku tetap datang awal sebab aku takut kalau Dr. Normaliza tak bagi duduk walaupun sebenarnya nanti Dr. tetap akan bagi jugak budak yang datang lambat tu duduk. Mungkin itu hanya sebagai pengajaran kepada pelajar-pelajar Dr. supaya menepati masa dan berdisiplin.

Semasa belajar subjek Bahasa dalam Multimedia ni, banyak tugasan yang Dr. Normaliza bagi kat kitorang tidak kira sama ada tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas ataupun di luar kelas. Kebanyakan kerja-kerja yang Dr. Bagi ni lah yang kadang-kadang wat kitorang tension sebab banyak gile kerja yang kitorang kena wat dan tugasan tu de yang mencabar kebolehan betul.haha.. Dah la tu, tugasan yang Dr. beri kat kitorang perlulah disiapkan dalam tempoh yang ditentukan. Kalau lambat atau tak betul tugasan kitorang, Dr. mesti akan pulangkan balik tugasan kitorang dan kenalah perbetulkan balik tapi tak de la sampai tugasan kitorang kena reject langsung. Dari situlah kitorang kena wat tugasan dengan sebaik mungkin dan tak boleh main-main, tapi nak bergurau sikit-sikit dengan kawan sekumpulan tu tak pe tapi jangan terlebih pulak..haha..

Tugasan pertama yang kitorang kena wat adalah iklan. Tapi sebelum tu Dr. akan bagi nota dan penerangan dahulu sebelum semua pelajar memulakan tugasan. Tugasan yang pertama ni bagi aku menyeronokkan sebab kitorang kena tampal majalah yang melambangkan kelima-lima ciri yang Dr. Normaliza ajar iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Lagipun tugasan yang pertama ni tak la begitu susah cuma aku rasa masa yang tak mencukupi sebab Dr. mahupun tugasan yang sempurna, kemas dan cantik dan masa yang ditetapkan untuk menyiapkan tugasan ni pun aku rasa dalam sejam lebih je. Jadi, kalau nak wat sesempurna tu tak dapatlah tapi kumpulan kitorang dah wat yang sebaik mungkin dan alhamdulillah tugasan bagi kumpulan aku diterima dengan baiknya oleh Dr. dan kitorang dapat A dalam tugasan tersebut. Rasa bangga la jugak.

Bagi tugasan yang kedua pulak, kitorang semua kena wat gambar yang berkaitan dengan simpulan bahasa, perumpamaan dan peribahasa dan gambar tersebut mestilah gambar kitorang tapi melambangkan maksud atau perkataan simpulan bahasa, perumpaan atau peribahasa tersebut. Mula-mula dengar kena wat tugasan ni memang tension sangat-sangat sebab tak tahu nak wat macam ne tapi bila dah start wat barulah rasa tugasan ni mudah je, hanya memerlukan kreativiti untuk menggambarkan maksud atau ayat sesuatu perumpamaan. Lagipun tugasan ni Dr. tak de lah nak masa tu gak, minggu yang seterusnya barulah kitorang kena pertontonkan kepada semua pelajar subjek ni. Jadi kitorang watlah tugasan dengan bertungkus-lumus tuk dapatkan hasil yang baik. Masa sebelum perbentangan tu memangla rasa cuak gak sebab takut kitorangnye tugasan tak diterima atau tidak menarik minat penonton dan Dr. Normaliza tapi akhirnya semua pelajar yang membuat perbentangan ni diterima oleh Dr. tanpa sebarang rungutan tapi pujian walaupun pujian tu tak de lah lebih-lebih sangat.

Tugasan yang ketiga kitorang kena wat adalah membuat karangan tentang tajuk yang Dr. bagi. Bagi kumpulan aku, kitorang dapat tajuk tentang “Pendedahan Sains dan Teknologi kepada Kanak-kanak”. Tapi nasib baiklah Dr. bagi penerangan dulu sebelum kitorang kena laksanakan tugasan yang diberikan tapi segala hasil tulisan atau idea tu tak bolehla diambil daripada internet dan haruslah menggunakan idea dan pemikiran sendiri. Dah la kena ciapkan time kelas tu gak, memang sakit jiwa la kejap. Tugasan yang ketiga ni memang tension sangat-sangat sebab time tu la kena keluarkan idea yang tersendiri tuk wat karangan yang memerlukan isinya sehingga tujuh helai kertas. Memang tepu la otak masa tu, sampai kepala sakit sangat-sangat nak perah idea yang logik. Akhirnya, bila masa dah cukup, dapat juga kumpulan aku selesaikan tugas yang diberikan tapi masa mula-mula nak wat tu memangla sedikit sengal sebab tak berapa paham pe yang Dr. nak, tapi bile dah paham pe isi penting yang perlu dikeluarkan, barulah kitorang wat dengan penuh kerut di dahi memerah idea yang bernas.haha...

Dalam tugasan yang keempat pula, kami semua diberikan tugasan untuk membuat e-majalah. Bagi tugasan yang keempat ni aku rasa seronok gak sebab masa ni lah kita leh tonjolkan kebolehan melukis dan leh lihat sejauh mana kita pandai melukis dan kreatif walaupun sebenarnya aku tahu aku ni bukanlah kreatif sangat dalam melukis ni,sikit-sikit boleh la. Lagipun tugasan yang keempat ni tak de la susah sangat dan tak perlu nak perah otak, hanya lukis pe yang kita pandai dan jadikan ia seperti sebuah majalah yang baik dan boleh di baca oleh pembaca. Tajuk kitorang punya tugasan tuk wat e-majalah ni adalah “busana” yang memperlihatkan pelbagai jenis pakaian tidak kira pakaian kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Masa ni jugak la kitorang bekerjasama tuk melukis tak kira la cantik atau tak, yang penting siap. Bila tugasan wat e-majalah siap, kitorang tengok e-majalah kitorang tak de lah secantik kumpulan lain tapi bagi kitorang pe yang penting adalah sepakat dalam membuat sesuatu dan bila kitorang hantar kat bilik Dr., nasib baik Dr. tak kutuk kitorangnye lukisan. Aku rasa bagi Dr., pe yang penting adalah menyiapkan kerja yang diberi dengan masa yang ditetapkan walaupun tugasan tersebut tak la elok pun.

Bagi tugasan yang seterusnya, kami diarahkan untuk membuat billboard. Tugasan yang ni pun seronok gak sebab kitorang kena melukis lagi.haha.. Jadi, otak ni tak yah la susah-susah nak perah otak memikir. Sebelum memulakan tugasan ni, kitorang semua akan diberi serba ringkas penerangan oleh Dr. Normaliza tentang tugasan yang perlu dilaksanakn. Selepas dah siap bagi penerangan, Dr. mengarahkan agar setiap ketua kumpulan tuk ambil kertas yang de kat depan sebanyak lima helai dan pesanan Dr. adalah tugasan tersebut perlu disiapkan pada waktu tersebut gak dan diberi masa lebih kurang sejam. Memang mula-mula nak wat tu menggelabah la sebab takut tak cukup masa, lagipun Dr. dah cakap harus menghantar tugasan tepat pada waktu yang ditetapkan dan sesiapa yang lambat menghantar tugasa tersebut tidak akan dilayan. Tu yang wat kitorang kalut nak siapkan benda tu. Kitorang wat billboard tentang “telefon bimbit”. Jadi bagi kumpulan kitorang senang la nak wat sebab tajuk yang dipilih senang tuk dilukis dan lukisan kitorang adalah lukisan yang direka sendiri dan tidak pernah dilihat oleh Dr. Jadi kitorang pun lukis la pe yang keluar kat otak ni dan rasa macam cantik je lukisan tu. Bila dah ciap, kitorang kena hantar kat Dr. Normaliza untuk dinilai sama ada lukisan kitorang boleh diterima atau tak. Bagi yang tak diterima, dorang kena wat balik semula, tapi nasib baik kumpulan aku tak kena wat balik. Mungkin segala tugasan yang kitorang wat memuaskan hati Dr.Normaliza.

Dalam tugasan yang seterusnya adalah kami semua diberi tugasan untuk wat papan cerita. Tugasan yang seterusnya ini dikendalikan oleh Dr. Arbai’e. Sebelum kitorang tahu yang Dr. Arbai’e yang akan mengajar kitorang tuk papan cerita, aku ngan budak kumpulan aku memang cuak giler-giler sebab salah seorang ahli kumpulan aku tak datang-datang sebab jam masa tu dah kul 12.00 p.m. Lepas tu, bila kitorang tengok Dr. Arbai’e yang masuk kelas dan ngajar kitorang masa tu, barulah lega sikit hati sebab salah seorang ahli kumpulan kitorang datang lambat. Bukan kitorang seronok Dr. Arbai’e ngajar tapi kitorang takut kalu masa tu Dr. Normaliza yang ngajar memang habislah kumpulan kitorang. Tapi kalau diikutkan secara peribadinya, aku rasa lebih baik Dr. Normaliza yang ngajar kitorang sebab Dr. Lebih tegas dan kitorang pun tak ngantuk sebab takut kena marah. Masa time Dr. Arbai’e bagi tugasan, Dr. suruh wat papan cerita yang berkaitan dengan apa yang diajar. Dr. Arbai’e telah bagi petikan yang berkaitan dengan tsunami yang telah berlaku dan kitorang semua kena huraikan pe yang dimaksudkan dengan petikan tersebut. Masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan adalah selama dua hari. Walaupun masa yang diberi cukup lama, tapi kitorang sebenarnya tak bape paham pe yang Dr. suruh huraikan. So, kitorang wat je pe yang kitorang paham, begitu juga dengan kumpulan lain. Bila tiba masa kitorang kena hantar dan Dr. memberi komen dengan tugasan yang diberi, nak dikatakan kitorang semua membuat tugasan tak menepati pe yang Dr. nak. Jadi masa tu kitorang pun kena la sedikit teguran walaupun rasanya banyak gak teguran yang dia bagi. Tapi tak pe la, yang penting ia untuk ilmu dan pengajaran supaya kitorang tak lagi wat silap. Dr. Arbai’e pun tak la marah kitorang wat keje yang dia bagi tu, cuma Dr. bagi nasihat kat kitorang kalu nak berjaya mesti wat keje dengan sebaik mungkin sebab hasil yang baik akan melambangkan peribadi.

Tugasan yang seterusnya Dr. bagi adalah setiap kumpulan perlu membuat lawatan amal ke rumah anak yatim dan lepas wat lawatan tu, kitorang kena wat satu video untuk dipertontonkan kepada semua pelajar dalam kelas ni. Bagi aku, ni la tugasan yang paling menyeronokkan dan banyak meninggalkan kesan dan kenangan yang mendalam. Masa mula-mula Dr. Normaliza bagi tugasan ni, kitorang de la mengeluh gak sebab banyak keje yang kitorang kena wat sebelum gi umah anak yatim. Lagi satu, kitorang pikir mesti banyak duit yang kitorang kena keluarkan bagi setiap individu sebab Dr. hanya membenarkan kitorang semua bergabung dengan dua kumpulan untuk sebuah rumah anak yatim. Dah la kitorang kena siapkan cepat sebab tarikh hantar dan tontonkan video masa minggu ke-13 dan minggu ke-14. Mulanya aku bergabung ngan kumpulan Gema Genderan tapi dah last minit, kitorang berpecah dan wat rumah anak yatim yang berasingan disebabkan oleh perkara yang tak dapat dielakkan. Jadi masa tu banyak la keje nak kena wat sebab kitorang nak cepat gi umah anak yatim tu dan dapat siapkan tugasan dengan cepat. Kitorangnya tempat tuk lawatan adalah Rumah Anak Yatim/Miskin Sungai Buaya, Banting, Selangor. Mula-mula nak gi umah anak yatim tu, kitorang kena wat proposal dan dapatkan kebenaran daripada fakulti dan juga pengurus rumah anak yatim tersebut. Bila kitorang dah dapat kelulusan tu, kitorang pun start la minta sumbangan daripada badan-badan yang berkenaan sebab Dr. cakap kitorang leh mintak sponsor daripada sesiapa je yang kita nak tuk kurangkan kos atau belanja tapi Cuma satu je Dr. cakap, dia tak nak sumbangan atau sponsor yang kitorang mintak tu membabitkan nama Dr. mahupun fakulti. Jadi kitorang pun wat la muka tak malu mintak sponsor tak kira daripada company besar atau kecil mahupun daripada lecturer Fakulti Bahasa Moden. Banyak gak la sumbangan yang kitorang mintak. Antara sponsor yang kitorang mintak adalah daripada badan kerajaan KEKKWA, tapi malangnya kitorang tak dapat sponsor daripada KEKKWA sebab masa tu dorang tak de barang nak bagi. Sponsor F&N pun kitorang mintak sebab kebetulan salah seorang daripada kumpulan aku de pak cik yang keje kat situ, jadi try la mintak. Kitorang dapat sponsor air F&N tu tapi sebab time kitorang dapat sponsor tu, kitorang dah nak gi umah anak yatim tu dan memang tak sempat nak ambik sponsor. Memang rasa rugi sangat-sangat tapi nak wat macam ne, tak de rezeki kot. Sebelum kitorang dapat sponsor dari F&N tu, kitorang ingat takkan dapat sponsor sebab orang daripada F&N tu tak bagi maklum balas pun sama ada kitorang dapat sponsor ke tak. Jadi, kitorang wat strategi lain iaitu dengan meminta sumbangan daripada lecturer-lecturer yang kitorang kenal. Masa mula-mula jangan cakap la, memang malu giler-giler nak mintak tapi terpaksa wat muka tebal je sebab bajet kurang. Daripada sumbangan-sumbangan yang kitorang kutip tu akhirnya cukup la tuk kumpulan aku wat lawatan ni dan rasa bangga sangat-sangat sebab akhirnya usaha kitorang meminta sumbangan mendatangkan hasil yang boleh dibanggakan.haha...

Akhirnya masa tuk kitorang gi umah anak yatim tu pun tiba. Kitorang pergi ke rumah anak yatim tu pada 1.3.2009 dan di situlah bermulanya kenangan manis yang tak dapat aku dan kumpulan aku lupakan. Masa first datang rumah anak yatim memang la hati ni tak bape happy, bukannya tak suka gi umah yatim tu tapi mungkin sebab kitorang bertolak dari kolej terlalu awal kot, sebab tu la mood aku ngan kumpulan aku kurang ceria. Tapi bila dah lama-lama duk kat sana dan bergaul ngan dorang, rasa macam seronok sangat sebab dorang sumanya sporting-sporting belaka. Masa first kitorang sampai, kitorang mulakan aktiviti yang dapat meregangkan otot-otot iaitu menari poco-poco dan memulakan sesi beramah mesra atau sesi perkenalan. Lepas tu, anak-anak yatim tu dipecahkan menjadi empat kumpulan dan kitorang akan menjadi perantara atau lebih efisien dipanggil fasilitator. Aku dapat budak-budak yang bagi aku aktif dan lincah. Masya-Allah masa tu sakitnya jiwa ngan perangai budak-budak di bawah jagaan aku sebab dorang ni boleh dikatakan hyper aktif, tambah-tambah lagi ngan sorang budak ni, bulat panggilannya. Tapi memang aku suka sangat-sangat sebab aku rasa budak-budak kumpulan aku seorang yang sporting dan dengar cakap walaupun kedegilan dorang tetap terserlah.
Masa time kitorang wat simpulan bahasa dan wat permainan regu, rasa kelakar sangat waktu tu sebab tengok gelagat dorang yang boleh membuatkan kita rasa nak gelak. Dorang suma ni tak macam anak yatim yang lain, bila kita bermesra ngan dorang, kita tak rasa yang dorang tu anak yatim sebab dorang sangat lincah dan bertenaga serta seperti tiada kekurangan. Aku rasa mungkin cara pengurus atau warden di sana menjaga dorang seperti anak sendiri. Bila waktu pembuka dan permainan indoor, kitorang pun menjamu selera untuk mengisi perut yang kosong dan sembahyang zohor. Selepas selesai tugas sampingan, kitorang pun memulakan aktiviti permainan sukaneka. Masa ni, memang rasa happy yang rasanya tak dapat digambarkan macam ne bila tengok gelagat dorang menjerit-jerit sebab nak menang permainan. Bukan je budak-budak tu je yang menjerit, aku ngan kumpulan aku pun sama-sama menjerit memberi sorakan pada anak buah masing-masing. Rasa macam nak terkeluar anak tekak menjerit tapi aku rasa time ni je nak berseronok ngan dorang, lepas ni kitorang tak tahu la bila plak nak jumpa dorang yang gila-gila ni. Bila dah selesai semua permainan, kitorang dah mula berkemas tuk pulang. Masa tu jugak la kitorang bersalam dengan anak-anak yatim ni dan rasa macam susah nak lepaskan dorang. Memang hati ni ikhlas nak cakap yang aku memang rasa seronok sangat-sangat gi umah anak yatim ni dan rasa susah nak tinggalkan dorang. Maybe hati ni dah rasa sedikit sayang kat dorang semua.(alamak! macam nak nangis plak). Dorang pun aku tengok macam susah nak lepaskan kitorang pergi sebab dorang cakap seronok sangat-sangat sebab kitorang datang. Sebelum balik tu, dorang seolah-olah tak bagi kitorang balik dan banyak kali dorang suruh kitorang datang lagi tuk jenguk dorang. Ah, entahlah...rasa sedih sangat masa tu bila dah nak blek tapi biasala, setiap pertemuan ada perpisahan. Mungkin lain kali kalu ada umur yang panjang, aku akan pergi lagi ke rumah anak yatim tu. Ia merupakan satu kenangan yang cukup bermakna bagi aku dan semua ahli kumpulan aku.

Tugasan yang seterusnya setelah aku blek dari umah anak yatim tu, adalah persembahkan video aktiviti ketika di rumah anak yatim tu kat dalam kelas. Bila time kitorang kena bentang, memang rasatakut sangat kalau video kitorang tak leh main ataupun tak ok tapi bila dah ditayangkan, masib baik leh main dan bila tengok balik video tu, rasa kelakar dan malu sangat sebab dorang tengok kitorang punya aktiviti masa kat umah anak yatim tu. Tapi aku rasa puas hati sangat-sangat sebab bagi aku, video yang ditayangkan oleh kumpulan aku membawakan hasil yang baik dan mungkin boleh dikatakan bagus.haha, perasan la plak. Akhirnya, bila semua dah selesai tayangkan video dorang, Dr. cakap Dr. berpuas hati ngan hasil kerja kitorang dan kitorang semua wat tugasan dengan baik dan bagus. Masa tugasan ni memang aku rasa bangga sangat-sangat sebab aku rasa ni la tugasa kitorang yang paling bagus dan memuaskan hati.

Bagi tugasan berkumpulan yang terakhir adalah wat teka silang kata dan origami. Tugasan kali ni sangat simple tapi kitorang semua kena cari apa yang Dr. pernah ngajar kitorang dalam masa dua minit tanpa pembayang bagi jawab soalan teka silang kata. Tugasan tuk wat teka silang kata tak la susah mana cuma masa yang tak mencukupi. Aku ngan kumpulan aku main hentam je bulatkan teka silang kata tu walaupun sebenarnya kitorang tahu benda tu tak pernah pun di ajar oleh Dr. Akhirnya bila Dr. suh hantar teka silang kata yang dah kitorang wat tu, kumpulan aku cuma dapat 14 markah je tapi tak pe la, janji lebih daripada 10. Bagi aku, tu dah cukup membanggakan. Tugasan yang wat origami tu memang menyampah la gak sebab kitorang kena wat seperti contoh yang Dr. bagi kat depan. Memang la de step yang Dr. bagi, tapi masalahnya tak paham. Maybe aku ngan group aku ni tak kreatif kot, sebab tu la tak pandai nak wat. Nasib baik la salah seorang ahli kumpulan aku pandai wat origami ni dan cantik plak tu. Aku masa wat origami tu tahu ngajar orang je tapi bila yang aku punya sendiri memang tak ciap, salah plak tu. Last sekali ahli aku yang pandai tu la yang tolong watkan. Macam kelakar je sebab bila ngajar orang tahu tapi tuk diri sendiri tiba-tiba blur plak. Ahirnya bila dah ciap wat origami tu, kitorang kena tunjuk kat Dr. sebab Dr. nak bagi markah.

Ni semua tugasan yang perlu kitorang wat masa dalam kelas Dr. Normaliza dan akhirnya kitorang semua dapat menghabiskan sume tugas yang Dr. bagi. Tapi kalu kitorang tak diberikan tugas oleh Dr., Dr. mesti akan bagi kuiz atau soalan tuk kitorang jawab dan semua soalan tu de markah. Masa memang la, tak yah la cakap. Cuak giler masa tu. Bukan pe, dah la nota yang Dr. bagi kitorang kena salin cepat-cepat sebab Dr. tak kan tunggu kita salin nota tu. So, pandai-pandai la nak wat macam ne bagi dapat semua nota yang dia bagi. Sebab tu la gak Dr. suruh kitorang tangkap gambar nota dia yang de kat slide tu. Argh, memang tension gal la sebab menggelabah nak salin nota. Lagi pun Dr. akan tanya soalan berdasarkan nota yang Dr. bagi dan kitorang kena cepat-cepat jawab. Kalu lambat sikit je bangun bila Dr. panggil nama, memang tak de harapan la nak jawab soalan tu dan dia akan tanya kumpulan lain plak. Masa tu memang semua la menggelabah nak jawab sebab dapat markah. Haha, macam kelakar la plak. Aku ngan kumpulan aku pun walaupun tak sempat nak salin semua nota Dr., tapi bila time dia tanya soalan bagi kumpulan aku de la yang leh jawab dan aku rasa akunya kumpulan pandai gak bagi jawapan yang betul. Memang bila pikir balik macam kelakar je sebab berebut nak jawab soalan. Tapi tak pe la, tu menunjukkan yang kitorang semua bersungguh-sungguh tuk jawab soalan.

Bagi tugasan amali pula, bukan Dr. Normaliza yang ajar kitorang tapi anak Dr. iaitu cik Alia. Masa mula-mula masuk dan belajar kelas cik Alia, aku tengok macam perangai dia pun sama macam Dr. sebab nampak muka tu macam garang. Tambahan pula, dorang semua cakap yang cik Alia ni pun jenis yang sangat garang macam mak dia. TU yang wak aku rasa gerun sebab Dr. Normaliza pun de pesan supaya kitorang tak datang lambat. Kalu kitorang datang lambat daripada cik Alia, Dr. bagitau cik Alia kalu kitorang datang lambat, jangan bagi kitorang duduk. So dari kelas amali pertama ngan cik Alia aku tak pernah datang lewat sampailah kelas cik Alia yang terakhir. Biasa la, mana tak tumpah nya nasi kalu tak ke kuah, sebab tu la aku pun macam takut gak ngan cik Alia. Tapi bila cik Alia start ngajar kitorang, dalam hati hati aku rasa macam tak bape suka kot cara dia dan masa tu baru tepikir lebih baik Dr. yang ngajar kitorang. Ish, macam-macam. Tapi bila aku dah lama –lama belajar ngan cik Alia baru aku tahu sebenarnya dia ok je dan tak la segarang yang di sangka. Dalam tugasan tuk amali pun kitorang kena wat tapi bukan lagi kerja berkumpulan tapi perseorangan. Rasa lega sikit kot sebab wat kerja sorang dan tak yah la nak sakit hati dan risau pasal orang lain.

Tugasan pertama yang kitorang kena wat adalah slide show. Tempoh masa yang kitorang kena wat selama tingga minggu. Mula-mula nak wat memang la aku tak tahu tapi nasib baik la cik Alia akan ngajar dulu macam ne nak wat benda tu, tak kira sama de nak masukkan gambar, lagu dan sebagainya. Tapi sebelum wat tu, kitorang kena pilih satu tajuk berkenaan ngan isu semasa dan tak leh sama ngan orang lain yang wat tajuk tu. Jadi aku pikir punya pikir akhirnya dapat la sati idea dan aku girau kat cik Alia yang aku nak wat tanah runtuh sebab masa tu memang gempar la tragedi tu. Lepas diterima oleh cik Alia, aku pun mula la cari bahan. Banyak gak la aku dapat bahan sebab cik Alia dah bagitau yang kitorang kena wat 20 slide tuk gambar saja dan kena tayangkan dalam masa tiga minit sahaja. Tapi bagi aku tiga minit tu lama gak. Dalam masa nak wat tugasa ni, banyak gak la yang aku wat sebab nanti bila nak ditayangka kat dalam kelas amali, tak de la membosankan. Bila hari yang nak dipertontokan tu, nasi baik la aku nya slide show k je dan tak de la plak kena complain atau tak leh main masa kat depan. Lega rasanya bila dah ciap wat tugasan pertama tu. Bila kitorang semua dah siap tayangkan kitorang slide show, cik Alia bagi plak tugasan yang kedua iaitu wat kalendar.

Masa time nak wat kalendar ni, cik Alia de la bagi penerangan macam ne nak wat tapi biasa la aku, bila mula-mula cik Alia bagi penerangan aku tak bape paham (maybe otak ni susah nak ingat pe yang diajar kot). Cik Alia de la gak ngajar macam ne asas nak wat kalendar dan macam-macam lagi. Mula-mula blur tu tak yah cakap la, rasa sakit hati sangat nak wat kalendar tu. Tapi nasib baik la de kawan-kawan dalam kelas tu tolong aku nak wat kalendar tu, jadi tak la jadi macam orang bodoh tak tahu nak wat. Mula-mula aku wat kalendar tu simple je sebab tak berapa pandai nak wat. Aku masukkan gambar aku, kawan-kawan ngan adik baradik aku. Punya la aku bertungkus lumus wat kalendar tu kat kolej, siap install lagi adobe tuk wat kalendar tu. Benda yang aku tak tahu nak wat mesti aku akan tanya kawan-kawan macam ne nak dapatkan sesuatu yang aku tak tahu tu. Aku cuba wat yang terbaik sebab aku tak nak orang cakap kalendar aku buruk sangat dan tak cantik. Tapi mula-mula siap kalendar tu, rasanya kalendar yang aku wat tu simple sangat dan bila time cik Alia nak tengok kitorangnya kalendar. Bila tiba giliran aku, cik Alia tengok yang bulan januari tu dia leh la terima tapi bila bulan yang seterusnya, cik Alia dah mula complain sebab aku punya kalendar simple sangat dan tak banyak wat perubahan. Jadi cik Alia suruh aku perbetulkan dan jadikan kalendar aku tu menarik sikit. So, aku terima la kritikan cik Alia dan cuba wat yang lagi terbaik dari sebelum tu. Bila rasa dah puas hati, akhirnya aku pun hantar la tugasan tu pada masa yang cik Alia tetapkan. Nasib baiklah cik Alia dah tak complain pasal akunya kalendar. Jadi, selesailah tugas aku yang kedua.

Bagi tugasan yang ketiga pula, kitorang diarahkan tuk wat website. Tugasan yang ketiga ni pun bagi aku susah la gak sebab nak kena link bila dah ciap. Tapi masa ula-mula nak wat tu, macam biasa la, cik Alia mesti akan bagi penerangan dulu macam ne nak wat website ni. Begitu juga masa dalam kelas, Dr. dah ajar kitorang semua macam ne nak wat papan cerita tuk hasilkan website yang baik. Jadi cik Alia suruh kitorang wat papan cerita dulu sebelum wat website sebab senang nak aturkan benda tu. Jadi kitorang pun wat la dulu papan cerita tu, bila dah ciap barulah kitorang mulakan wat website. Mula-mula aku wat papan cerita tu, aku masukkan tentang aku, koleksi gambar, coretan, bersama teman-teman, horoskop, hasil karya dan kenanganku. Dalam website ni, banyak la aku wat, contoh nya macam puisi hasil daripada karya aku sendiri dan gambar-gambar kenangan aku masa gi umah anak yatim. Pe yang aku wat kat website aku tu tak de la best sangat kot, tapi yang penting bagi aku tugasan yang cik Alia bagi ni dapat disiapkan dengan masa yang ditetapkan. Bila time wat website ni pun aku macam blur je mula-mula nak wat. Rasa macam sedikit sengal je.haha...Tapi biasalah strategi aku dengan bertanya kat kawan-kawan macam ne nak wat benda tu. Jadi bila dah tahu nak wat macam ne, aku pun mula la operasi membuat website. Aku main wat je pe yang aku rasa nak wat dan masukkan je pe yang aku sesuai. Besalah nak bagi penuh akunya website sebab dorang cakap cik Alia nak suh kita wat sampai tujuh tajuk kecil. So aku pun main bantai je buh tajuk yang aku rasa tak de salahnya nak wat. Bila dah siap wat website ni, kitorang semua pun kena la tunjuk kat cik Alia tuk cik Alia bagi markah. Masa tu macam cuak gak la sebab takut dia complain website aku tak ok. Tapi nasib baik la cik Alia tak kata pe pun pasal akunya website. So bagi aku kira ok la tu akunya website.haha..

Tugasan yang terakhir yang kitorang kena wat dalam kelas amali ni adalah blog. Bila cakap pasal blog ni, aku rasa macam sedikit kurang cerdik je sebab aku rasa macam aku sorang je yang tak ciap lagi. Buka la nak kata bengap sangat tapi maybe tahap kemalasan aku ni dah mencapai tahap yang tak leh dibuat ikutan atau menjadi kebanggaan orang lain.haha... Nak kata wat blog ni susah yang teramat sangat tu tak la sebab sebelum kitorang kena wat blog ni, cik Alia de la bagi tunjuk ajar ngan penerangan dulu. Tapi macam yang aku cakap sebelum ni, otak aku ni tak la jenis yang cepat menangkap pe yang dia suruh wat. Bila first cik Alia bagi step nak wat blog ni pun muka aku dah macam blur semacam (biasa la, maknanya tak tahu nak wat la tu). Pastu bila dah lama-lama tu, aku pun mula la nak teroka semua yang leh wat dalam blog tu tuk cuba wat. Tapi malangnya, yang dalam tu leh la wat cikit-cikit tapi yang kat tepi-tepi tu memang tak tahu la nak wat macam ne. Nak masukkan jam pun tak tahu, macam ne. Tapi wat punya wat, akhirnya berjaya gak aku wat blog ni walaupun tak secantik orang lain. Tapi aku tak tahu la pe reaksi cik Alia bila tengok blog aku sama ada dia terima atau tak. Harap-harap cik Alia terima la blog aku seadanya sebab bila time aku tulis benda ni, blog aku tak ditunjukkan lagi kat cik Alia. So sebab tu la aku tak tahu dia terima tak tugasan aku yang ni dan memang aku rasa akunya blog ni mesti cik Alia terima sebab sebelum ni pun dia tak pernah tolak tugasan aku ataupun orang lain. So, kira macam cik Alia ni sebenarnya baik hati la (amboi ayat, macam nak mengampu je.haha...)

Akhirnya segala tugasan yang aku kena wat semasa ambil kursus ni terlalu la banyak tapi tak pe, aku tak kisah sebab aku memang suka kena wat keje banyak-banyak.haha..saje je gurau. Pendapat aku dalam kursus BBM3410 yang aku ambik ni sebenarnya tak lah susah mana. Bila pikir balek sebenarnya kelas ni rasa enjoy sangat belajar sebab sambil kita wat tugasan, kita leh happy dan pandai dalam multimedia walaupun tak la pandai mana. Sambil-sambil tu aku pun leh rapat ngan kawan-kawan yang mungkin aku tak pernah kenal atau rapat dan dari sini aku dapat bergaul ngan kawan-kawan tanpa rasa malu dan benda ni bagi aku keyakinan supaya tak malu kot.

Pendapat aku kat Dr. Normaliza pun dah berubah dari start dia ngajar sampai sekarang. Bagi aku, Dr. ni sebenarnya seorang yang take care kat pelajar-pelajar dia, kadang-kadang kelakar dan aku tengok Dr. pun jenis yang mudah tersentuh. Bagi aku gak, sebenarnya matlamat Dr. wat macam ni kat kitorang (garang, tegas dan disiplin) sebab sebenarnya Dr. nak ajar kita supaya sentiasa melakukan tugasan dengan cepat, cermat dan elok berdisiplin. Dr. juga aku rasa sebenarnya nak bagi kitorang pandai dalam multimedia dan kalu boleh Dr. nak semua pelajar Dr. dapat dapat A dalam subjek Dr. So kat sini aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih sebab sanggup layan karenah kitorang yang nakal ni dan bagi tunjuk ajar yang baik pada kitorang (ni bukan nak puji tapi benda yang keluar dari hati aku sendiri).

Dan bagi semua ahli kumpulan aku, kitorangnya tugasan tak pernah lagi kena komen dengan Dr. Normaliza dan rasanya semua tugas yang kitorang buat memuaskan hati aku. Mungkin betul kot kejayaan yang kitorang dapat ni de kaitan ngan nama kumpulan aku kot iaitu Al-Najjah atau dalam erti kata Melayunya “Kejayaan”.haha... Sebab tu la kitorangnya keje yang kena wat tak pernah ditolak oleh Dr. Di sini gak aku nak mohon maaf kalu aku banyak sakiti hati korang semua terutama hamba Allah sorang tu sebab banyak kali perli dia. Bukan aku saja nak wat macam tu tapi aku cuma sakit hati sikit je ngan perangai dia. Tapi tak pe la, benda dah lepas dan harap-harap korang semua dapat maafkan aku kalu de wat salah.

K la, rasanya ni je kot yang aku nak coretkan. Kalu de yang tak tercoret tu maybe aku lupa kot. Pada sesape yang baca page ni janganla kutuk-kutuk aku plak ek...besa la,nak luahkan pe yang de dalam hati ni.